AIR TERJUN
Kelantan
adalah satu kawasan hutan yang mempunyai banyak kawasan perhutanan yang
mempunyai berbagai-bagai tempat yang menarik untuk berkelah dan beriadah.
Khazanah perhutanan Kelantan mempunyai keistimewaan air terjunnya yang
membolehkan kita tidak perlu berfikir panjang untuk beriadah dan bersantai.
Kawasan air terjun menjanjikan satu suasana kedamaian yang akan meninggalkan
satu kenangan yang manis kepada setiap pengunjungnya.
Jeram Pasu Jeram Pasu terletak di Kampung Padang Pak Amat dan boleh di kunjungi secara berkenderaan sehingga ke destinasi. Ia merupakan kunjungan air terjun yang paling popular. Airnya yang jernih , sejuk serta nyaman pastinya akan mengembirakan dan memuaskan hati setiap pengunjung.
Jeram Lenang Jeram Lenang merupakan hutan lipur air terjun yang menarik. Terletak kira-kira 65km daripada Kota Bharu, 15km dari Machang dan 10km dari Pasir Puteh. Jeram Lenang merupakan satu lagi destinasi yang menjadi kunjungan orang ramai. Ia merupakan destinasi yang ideal untuk berkelah, berehat, berkhemah serta sesuai untuk aktiviti merentas hutan.
PANTAI
Pasir Purteh (Kelantan) mempunyai pantai - pantai yang indah dan menarik dengan pasirnya yang putih dan air yang jernih serta cetek,sesuai orang ramai untuk mandi-manda dan berkelah bersama-sama dengan keluarga. Selain menikmati keindahan pantainya,kawasan ini juga menjadi tempat untuk para nelayan mendapatkan hasil laut serta penjualan hasil tangkapan mereka.
PANTAI BISIKAN BAYU Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, dekat Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini.
PANTAI TOK BALI Pantai Tok Bali ialah sebuah pantai yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan. Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ianya bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan pantai di Tok Bali. Bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan, Tok Bali merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ianya terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keuntungan kepada nelayan-nelayan.Tok Bali juga merupakan destinasi penjualan hasil-hasil penangkapan oleh nelayan-nelayan.
RESORT .:: D'BALI BOAT VILLA ::. Lot 1193, Terusan Semerak 16700 Cherang Ruku, Pasir Puteh Tel : 09 - 782 9428 Fax : 09 - 785 8009 Email : dbaliboatvilla@hotmail.com Room : 39 Rates : RM 11 - RM 120 Facilities :
.:: SWEET BEACH RESORT ::. Lot No. 4, Kg. Air Tawar Tok Bali, 16800 Pasir Puteh Tel : 09 - 785 9444 Fax : 09 - 785 9333 Room : 85 Rates : RM 100 - RM 200 Facilities :
.:: BALI BEACH VILLAGE ::. Lot 84, Jalan Pantai Tok Bali Tok Bali, 16800 Pasir Puteh Tel : 09 - 785 9246 Room : 18 Rates : RM 60 - RM 70 Facilities :
Free JavaScripts provided |