Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
 

ONDE-ONDE

 

 

 

Bahan-Bahan :

1/2 kampit tepung beras pulut atau 1 tin susu manis tepung beras, direndam dan dikisar 

hingga halus. Kemudian dikeringkan ke dalam kelosong kain, perah hingga kering 

airnya.

1 biji kelapa yang sedang tuanya

3 keping gula kabung (manisan)

sebesar hujung jari kapur sireh (hujung kelingking)

6 helai daun pandan

kira-kira 20 helai daun cekuk manis

sedikit garam

 

Cara Membuatnya :

1. Daun pandan dibersihkan bersama daun cekuk manis, kemudian tumbuk dan di

    tambah satu cawan air. Selepas itu ditapiskan

2. Tepung diuli dengan air daun pandan tadi dan kapur sireh, diuli sehingga lembut.

3. Gula kabung (manisan) dipotong kecil, sebesar jari kelingking.

4. Kelapa dibuang kulit hitamnya kemudian diparut memanjang supaya nampak elok. 

    Gaul kelapa ini dengan garam, masukkan ke dalam bekas agak dalam sedikit, 

    ditekan-tekan dengan belakang senduk supaya kelapa tadi nampak lebih kemas.

5. Jerang periuk dan masukkan air sejuk kira-kira separuh periuk sehingga mendidih.

6. Ambilkan tepung tadi dan dibulat-bulatkan, bubuhkan gula kabung di 

    tengah-tengahnya.

7. Kemudian, dibulatkan seperti buah guli lalu masukkan ke dalam air mendidih.

8. Apabila timbul, angkat dengan senduk lalu toskan airnya dan segerelah masukkan ke 

    dalam bekas kelapa yang disediakan tadi.

9. Kemudian, lenggangkan bekas kelapa itu agar bahan tadi melekat pada kelapa 

    parut.

10. Buatlah sehingga selesai.

 

 

 

HOME          BACK